Akhirnya pengerusi PN telah dilantik
Sepertimana yang dijangka naib presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah dilantik sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa hari ini.
Perkara itu disahkan oleh presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau seusai mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Pejabat Pas Pusat di Kuala Lumpur.
Samsuri ialah Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Kemaman di Dewan Rakyat.
Pelantikan beliau dibuat susulan peletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Yassin sejak 1 Januari yang lalu.
Samsuri merupakan antara dua nama yang sebelum ini disebut – sebut sebagai pengganti Mahiaddin.
BACA JUGA: Drama Perikatan Nasional minggu ini