Warganet korek siapa Exco Terengganu ditahan kerana salah guna jawatan
Susulan penahanan seorang Exco Terengganu atas dakwaan penyalahgunaan jawatan, warganet mula berteka teki mengenai identiti exco berkenaan yang tidak didedahkan media.
Beberapa ‘hint’ didedahkan laman-laman Facebook politik. Difahamkan exco berkenaan juga seorang ADUN di Terengganu.
Tinjauan Harapan Daily di Facebook ADUN berkenaan, ramai meninggalkan komen bertanya siapa Exco yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
Beberapa hint lain didedahkan adalah beliau pernah terpalit dengan isu menu rahmah dan air oren.
Semalam SPRM Terengganu menahan seorang Exco kerajaan negeri kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi pada Ahad ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2018 dan 2020.
“Suspek yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di salah sebuah daerah di negeri ini dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai Exco dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua buah anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.
BACA JUGA Exco kerajaan Terengganu ditahan SPRM