RUU had tempoh PM, pengasingan kuasa AG dan pendakwa raya dibentang hari ini

Sejarah tercipta hari ini apabila Rang Undang-undang (RUU) pengehadan tempoh jawatan perdana menteri dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Turut dibentangkan adalah RUU pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya.

Ia dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yanf memaklumkan, bacaan kali kedua untuk kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada persidangan kali ini.

“Bacaan kedua pada mesyuarat kali ini. (Dalam) minggu depan,” katanya di Dewan Rakyat.

BACA JUGA Ringgit akhirnya tembus paras tertinggi dalam tempoh 8 tahun