Exco Terengganu hina jata negeri?
Tular di media sosial imej Jata Negeri Terengganu terbalik pada bungkusan kotak yang terpampang wajah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang dari Pas, Mamad Puteh dan isterinya.
Wajah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menghiasi bungkusan dipercayai berisi kurma itu.
Sudahlah terbalik, kotak tertera ‘Salam Ramadan 1447H’ itu juga memaparkan kedudukan Jata Negeri yang salah iaitu di bahagian bawah.
Hal itu sekaligus mengundang perdebatan warganet termasuk menyifatkan ia sebagai menghina lambang kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang telah digunakan secara rasmi sejak tahun 1932 itu.
Namun begitu, semakan Harapandaily mendapati pembetulan telah dibuat terhadap rekabentuk ini dengan kedudukan jata dibetulkan.
BACA JUGA Kenapa kerajaan Pas Kedah tidak bertindak tegas terhadap penceroboh kuil haram?