Malaysia akan masuk Top 30 Ekonomi Dunia pada 2030, ramal penganalisis ekonomi

Dengan kadar perkembangan ekonomi yang ada sekarang, penganalisis ekonomi meramalkan Malaysia akan menyertai Top 30 Ekonomi Dunia pada tahun 2030, lebih cepat dari yang dirancang sebelum ini.

Kejayaan meningkatkan kedudukan ekonomi negara ini dibuat secara senyap-senyap, dan ia adalah kejayaan terbesar Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata penganalisis ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan.

“Dengan rate (kadar) yang ada sekarang, saya membuat ramalan, Malaysia akan menjadi Top 30 Ekonomi Dunia pada tahun 2030.

“Kita akan setanding dengan Sweden, Ireland, Dubai dan kita akan mengejar Korea Selatan. Saya sangat exited, kita mungkin akan tinggalkan Singapura.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bekerja dalam senyap,” kata Nazri dalam satu klip video beliau.

Menurut Nazri, Ringgit Malaysia kini naik 20 peratus manakala bursa saham Malaysia sudah naik hampir 30 peratus dalam setahun.

Katanya, nilai bursa sudah 2 trilliun Ringgit.

Dengan keadaan ini, katanya, selepas ini rakyat Malaysia akan boleh membeli barangan dengan harga yang lebih murah.

“Kita akan boleh beli handphone lebih murah, laptop lebih murah dan baragan import lain termasuk minyak dengan lebih murah,” katanya.

Menurut Nazri, pembangunan ekonomi Malaysia lebih pantas daripada unjuran yang dibuat sebelum ini.

“Kalau kita lihat, actual figure ekonomi kita lebih pantas dari unjuran.

“Pada 2024, ramalan pertumbuhan ekonomi kita adalah 4.5 peratus sedangkan realitinya ekonomi kita (berkembang) pada 5.1 peratus.

Pada 2025, kita ramal 5.0, hari ini ekonomi kita 5.5 peratus,” kata Nazri yang banyak membuat bimbingan untuk pelaburan di bursa saham.

BACA JUGA Dah cecah RM3.87 berbanding dolar AS, paras tertinggi dalam lapan tahun