Sultan Terengganu: Raikan kepelbagaian, kekalkan toleransi
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negeri ini supaya meraikan kepelbagaian bangsa dan agama dengan mengekalkan toleransi antara kaum, serta saling menghormati antara satu sama lain.
Baginda bertitah bahawa kepelbagaian bangsa dan agama yang terjalin di negara kita sejak dahulu lagi menunjukkan ia adalah sesuatu yang bukan mudah untuk dileraikan.
“Pupuklah semangat ini dalam kalangan anak-anak kita agar kedamaian ini kekal pada masa akan datang. Hari raya boleh dijadikan sebagai medium untuk kita bersama-sama menghormati kewujudan kepelbagaian di negara ini dengan membuka pintu rumah, menerima kunjungan tetamu daripada pelbagai agama, kaum dan budaya,” titah baginda dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut hari ini.
Sultan Mizan bertitah kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi dapat mewujudkan kegembiraan sesama keluarga, sahabat handai dan jiran.
Titah baginda, ia bertepatan dengan tujuan hari raya yang Allah SWT perintahkan kepada hambanya untuk diraikan dengan penuh rasa syukur dan gembira.
Namun dalam berhari raya dan bersuka ria, Sultan Mizan bertitah supaya rakyat tidak melupakan golongan yang kurang berkemampuan dan mereka yang berada di pusat-pusat pemulihan serta kesihatan.
“Ambillah peluang ini untuk menyantuni mereka dan membantu sekadar kemampuan kita agar mereka turut sama merasakan kemeriahan hari raya. Semoga dengan bantuan kita dapat memberi sinar buat mereka untuk kuat berjuang mengharungi kehidupan ini,” titah Sultan Mizan sambil mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Terengganu.
Malangnya segelintir pemimpin Pas mengingkari titah tuanku dengan mengeluarkan khutbah Aidilfitri yang bersifat asabiyah dan memecah belahkan ummah Terengganu.
Ia juga tidak meraikan kepelbagaian mahupun toleransi pelbagai kaum di Malaysia.
BACA JUGA: Hadi kemuka khutbah Aidilfitri bertentangan dengan JHEAT