Pemimpin DAP cerita perangai Rafizi ketika jadi Menteri Kabinet
Kalau selama ini ramai yang hanya mendengar dari jauh mengenai sikap ‘angin’ Rafizi, namun dalam podcast dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin, seorang bekas ahli Parlimen DAP mengesahkan perkara itu.
Dalam video Podcast Keluar Sekejap pada 2024 yang kembali menjadi perhatian, bekas timbalan menteri, Dr Ong Kian Ming pada waktu itu menggambarkan perwatakan Rafizi sebagai seorang yang degil.
Ketika di dalam Kabinet, segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN) sebolehnya mengelak dari berkomunikasi dengan Rafizi, katanya.
Ini kerana katanya, tidak mudah berbincang dengan orang seperti Rafizi.
“Saya rasa dalam Kabinet dan juga dalam perbualan antara pemimpin PH dan BN, they rather avoid (mereka lebih rela mengelak dari berhubung). Bukan nak kata mereka takut, tapi untuk avoid confrontation (elak konfrontasi). Kerana anda tak boleh menang kalau Rafizi ada sikap seperti itu.
“Dan kalau anda nak beri nasihat kepada dia, dia pun degil tak nak dengar. Pada kempen minggu kedua di PRK Sungai Bakap, ada yang beritahu (Rafizi) jangan pergi ceramah, kemudian dia kata anda Timbalan Presiden PKR atau saya.
“Mungkin ada sikap seperti itu lah. Saya dan orang dalam DAP pun pernah dapat layanan seperti itu, jadi saya tak terkejut bila beliau pergi Kabinet dengan kuasa yang lebih, dengan mungkin ego dan juga beban yang lebih besar, itu cara dia address isu seperti ini,” katanya.
BACA JUGA Samsuri bukan calon PM, kata Tuan Ibrahim