Mari kita berlumba jaga kepentingan parti, bukan agenda peribadi
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad mengingatkan anggota parti untuk berpolitik mengikut akhlak Islam dengan tidak memulakan budaya ‘cah keting’ dan berebut kuasa.
Ketika meraikan majlis Iftar anjuran AMANAH Bandar Tun Razak hari ini, beliau mengingatkan tentang amanah serta tanggungjawab terhadap rakyat, dan bukannya mementingkan agenda sendiri.
Beliau berharap apa yang berlaku kini terhadap parti rakan gabungan mahupun parti lawan dapat diambil pengajaran.
“Kalau mulakan budaya cah keting, berlumba untuk jawatan, kita takkan mampu mencorakkan budaya politik yang sihat.
“Kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku dalam PKR, Bersatu dan Pas sampai presiden pun berentap dengan mursyidul am kerana semua ada kepentingan.
“Biarlah dalam AMANAH ini kawal nafsu, ajar diri kita pentingkan umat islam, negara dan parti, selain mengamalkan budaya politik bersih dan berakhlak.
“Kalau kita ada itu maka masalah yang dihadapi parti lain tak akan dihadapi parti kita sebab kita boleh duduk berbincang dan capai muafakat kerana kita tak fikirkan kepentingan diri sendiri,” katanya.
BACA JUGA Pemimpin DAP cerita perangai Rafizi ketika jadi Menteri Kabinet