Melampau, biadab pijak al-Quran, penuntut UMPSA ditahan polis
Polis hari ini berjaya menahan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) selepas didakwa menghina Islam dengan memijak kitab suci al-Quran.
Perbuatan biadab dan melampau penuntut berkenaan tersebar selepas tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran.
Menurut Harian Metro, penuntut terbabit ditahan sejurus Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan menerima laporan mengenai kes itu.
“Polis sudah menahan penuntut disyaki menghina Islam dan untuk siasatan lanjut,” kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman..
Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menghantar komunikasi bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut, atau mengganggu orang lain termasuk kandungan jelik.
Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
BACA JUGA Krisis Bersatu di Melaka, Radzi Jidin jadi bidan terjun