Betul ke dakwaan Malaysia kena tarif dua kali ganda? Apa cerita sebenarnya?

OLEH ISLAH

Dakwaan Malaysia kena tarif dua kali? Tidak benar. Tidak berasas.

Di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART), Malaysia tidak membayar hampir dua kali ganda tarif seperti yang digembar-gemburkan.

Tarif 19% yang dijadikan peluru politik itu telah dibatalkan susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Realitinya begini.

Lebihan dagangan Malaysia–AS mencecah USD30.8 bilion.

Angka besar.
Tetapi ianya datang dengan risiko yang juga besar.

Sensitiviti kepada dasar tarif AS.
Ketidaktentuan geopolitik.
Pendedahan tinggi sektor E&E dan semikonduktor.

Kerana itu ART dimeterai awal.

Ia memberi kepastian akses pasaran.
Menghantar isyarat kestabilan dasar.
Mengukuhkan keyakinan pelabur.

Sejak 2023, aliran perdagangan meningkat hampir 50% bagi komponen utama.

Dan momentum ini tidak boleh dipolitikkan. Ia mesti dipertahankan.