Berapa nilai duit kita hari ini? Okay ke tak?

Ringgit ketika ini masih berlegar dalam julat RM3.88 hingga RM3.89 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 3.8850/8960 berbanding dolar AS daripada 3.8900/8955 semasa ditutup semalam

Menurut Bernama, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan ringgit terus mendapat sokongan yang baik dalam tempoh terdekat berikutan prospek dolar AS yang lemah dan prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Sementara itu ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.4988/5418 daripada 12.5121/5374 semasa ditutup semalam.

Mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 231.2/232.0 daripada 231.5/231.9 dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.75/6.78 daripada 6.76/6.78 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0760/0850 daripada 3.0736/0782 semalam.

BACA JUGA Pujian kepada 2 menteri, musim perayaan kali ini rak pasar raya tak kosong