Apa sudah jadi dengan kajian pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur?
Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh mengesahkan bahawa pasukan penyelidik telah membentangkan laporan interim kajian kebolehlaksanaan pilihan raya Datuk Bandar di Kuala Lumpur.
Menurut beliau dapatan yang dikemukakan pasukan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersifat analitikal, objektif dan seimbang.
“Pasukan penyelidik Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) telah membentangkan laporan interim kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190] yang merangkumi penilaian awal terhadap aspek pembahagian kuasa, peranan institusi serta hubungan pentadbiran antara pihak-pihak berkepentingan.
“Dapatan yang dikemukakan adalah bersifat analitikal, objektif dan seimbang, dengan mengambil kira konteks sejarah penggubalan akta serta perkembangan semasa dalam landskap perundangan dan tadbir urus negara.
“Laporan interim ini menjadi asas penting bagi pengesahan dapatan, perbincangan lanjut dan penetapan hala tuju kajian sebelum sebarang rumusan serta cadangan penambahbaikan dimuktamadkan.”
Beliau berkata demikian melalui Facebook.
Cadangan ini pelaksanaan pilihan raya ini telah ditentang oleh Umno dan Pas.
BACA JUGA: Bolehkah Datuk Bandar dipilih secara pilihan raya? Ini yang perlu kita tahu