PM titip ucapan istimewa buat Wan Azizah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menitipkan ucapan penuh makna buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah, bersempena ulang tahun perkahwinan ke-46 mereka.

Menerusi coretan di Facebook, Anwar berkongsi dua keping foto bersama Azizah yang mengimbau momen sewaktu mereka masih muda.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Azizah atas segala pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.

“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat Azizah, cinta hati yang setia mendampingi dalam setiap suka dan duka.

“Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” titipnya.

BACA JUGA Berapa nilai duit kita hari ini? Okay ke tak?