‘Yang bukan-bukan dia kasi’ – Kalau dah walaun…
Boleh pula ada penyokong tegar Pas yang sohor dipanggil sebagai ‘walaun’ mengeluh: ‘Yang bukan-bukan dia (PM Anwar) kasi (beri)’.
Mereka terus galak memperlekeh Inisiatif Skim Simen Rahmah yang menyaksikan simen pukal pada harga RM290 setiap tan metrik berbanding harga pasaran RM410.
Aksi bebal buat kuih raya daripada simen sebagai parodi pun jadi ‘content’ di media sosial paling laris dalam kalangan walaun.
Baca sahaja komen seorang kenalan saya seorang yang memiliki ijazah sarjana muda dalam satu hantaran di Facebook.
Dia yang merupakan seorang berjawatan Pemuda Pas di peringkat negeri dilihat cuba ‘menganjing’ tetapi tidak kena logikanya malah salah fakta:
“Masa raya Cina ada babi Rahmah. Time raya kita, tiada pula (jualan) lembu rahmah cuma dapat simen rahmah saja. Mungkin boleh bancuh buat kuih raya simen.
“Benda yang rakyat nak, tak dapat. Yang bukan-bukan dia kasi. Akhirnya, menguntungkan cauvinis saja.
“Bak kata beliau (Anwar), Melayu jangan angkuh. Betapa angkuhnya seorang pemimpin Melayu.
“Ingatkan yang 22 tahun itu saja dok kata Melayu. Rupanya, 22 bulan pun lagi angkuh.”
Sindirannya sampai tahap boleh bancuh buat kuih raya simen. Tidak madani langsung pemikirannya.
Patutlah otak beku masih menyokong parti diterajui ‘tuan guru’ yang terkenal ponteng sidang Parlimen.
Ironi sekali, Inisiatif Skim Simen Rahmah untuk pemaju perumahan swasta mampu milik itu boleh pula bukan main jauh dikaitkan dengan sentimen kaum.
Benarlah, pepatah dahulu kala ada menyebut, “bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut.”
Padahal, pengumuman Perdana Menteri Anwar sempena Aidilfitri turut menyebut beberapa inisiatif lain.
Hanya apabila sudah bergelar walaun, ibarat bagai kewajipan pula mereka untuk tegar bertegang urat leher, berkeras buku lidah.
Penyokong pembangkang nampaknya sengaja buat tidak nampak fakta yang sebenar, tidak mahu mengaku kalah walaupun pendapatnya salah.
Terkatup akalÂ
Tol Rahmah percuma membabitkan 33 lebuh raya utama negara untuk semua jenis kenderaan tidak pernah pun dilaksanakan semasa kerajaan di bawah Ismail Sabri dan Mahiaddin Yassin.
Namun, walaun masih terkatup akal menganggap tol percuma dari 19 hingga 21 dan 24 April itu biasa-biasa sahaja.
Mereka sudah macam hilang ingatan pula bahawa kerajaan sebelum ini hanya memberi tol percuma di lokasi terpilih sahaja selain cuma diskaun 50 peratus.
Begitu juga diskaun saman trafik yang boleh dilunaskan dengan kadar RM50 bagi semua kes saman kecuali tahun ini. Tidak pula penyokong Perikatan Nasional (PN) bising? Paling penting, tidak pula kerajaan ‘Abah kau’buat!
Pemberian diskaun khas kepada pengusaha kedai makanan yang menawarkan menu Rahmah pula mungkin awal-awal lagi ‘mengejutkan’ walaun.
Harga barangan melambung, bekalan telur pula tiada di pasaran semasa kerajaan sebelum ini, tidak pula walaun menyalak.
Selepas sebulan berpuasa dan kini dalam semangat Syawal yang sepatutnya merapatkan ukhuwah, penyokong Pas pula berperangai sebaliknya.
Kritikan membina tidak salah tetapi tahu hanya mengecam sambil menonjolkan kedunguan itu yang parah.
Namun, kita boleh cuba ‘berlapang dada’ dan ‘husnuzon’ sahaja. Presiden Pas pun sehari sebelum Hari Raya menyiarkan artikel panjang, ” “DAP menyanggah Islam”.
Tak sudah-sudahlah Tan Sri Abdul Hadi Awang mengaitkan DAP yang merupakan parti komponen blok Kerajaan Perpaduan pada masa ini dengan komunis.
Malah, Hadi menuduh DAP menggunakan pendekatan penjajah termasuk menjadikan raja-raja sebagai perisai manusia.
Jadi, nak kata apa lagi? Tak hairanlah ‘lawak’ rendang atau kuih raya simen bukan main rancak dicanang oleh walaun.
Presiden yang dipanggil penyokongnya dengan ‘tuan guru’ serta pengikutnya itu samalah seperti bapa borek, anak rintik. Makanya, senyum sajalah. Mari kita sambung ‘acara’ ziarah-menziarahi sempena Syawal nan diberkati ini.
BACA JUGA Boleh terus bekerja, bayar tol dan hidangkanlah ‘rendang simen’
Â