Dah bunuh Khamenei di bulan Ramadan, Trump ugut Iran pula jika balas serangan

Keangkuhan Donald Trump selepas pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semakin meluap apabila memberi amaran bahawa sebarang tindakan balas Tehran akan dibalas dengan kekerasan yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump itu dilontarkan menerusi platform Truth Social miliknya.

“Iran baru sahaja menyatakan mereka akan menyerang dengan sangat keras hari ini, lebih keras daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.

“MEREKA LEBIH BAIK JANGAN BERBUAT DEMIKIAN. JIKA TIDAK, KAMI AKAN MENYERANG MEREKA DENGAN KEKERASAN YANG TIDAK PERNAH DISAKSIKAN SEBELUM INI!” ucapnya.

Mohammad Bagher Ghalibaf

Sementara itu, Speaker Parlimen Iran hari ini menegaskan bahawa negara itu telah membuat persiapan menghadapi “semua senario”, termasuk langkah seterusnya susulan kematian pemimpin tertinggi mereka.

Tegas Mohammad Bagher Ghalibaf dalam rakaman video yang disiarkan televisyen Iran, Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah ‘melampaui garis merah kami’ dan ‘akan menanggung akibatnya’.

BACA JUGA Hegemoni AS-Israel mesti dihentikan