Jutaan rakyat Iran berhimpun di Tehran, tuntut kematian pemimpin mereka dibalas

Impian Amerika dan sekutunya untuk melihat rakyat Iran bangkit menentang kerajaan negara itu selepas berjaya membunuh barisan kepimpinannya gagal apabila jutaan rakyat negara itu berhimpun meratapi pemergian mereka.

Mereka berhimpun di Tehran dan menuntut kerajaan Iran membalas kematian pemimpin mereka ketika media Amerika cuba menunjukkan kegembiraan sebahagian rakyat Iran terhadap kematian itu.

(Jutaan rakyat Iran turun mengiringi jenazah pemimpin mereka yang mati dibunuh)

Ekoran itu, Amerika didakwa mahu menamatkan segera perang itu dengan menawarkan genjatan senjata tetapi ditolak mentah-mentah oleh Iran.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh dalam gelombang awal serangan besar-besaran Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Iran, pada Sabtu.

Televisyen kerajaan Iran mengesahkan kematian Khamenei pada awal Ahad, beberapa jam selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pembunuhan ulama berusia 86 tahun itu.

Susulan itu, Iran mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari dan tujuh cuti umum.

“Dengan kesyahidan pemimpin tertinggi itu, jalan dan misinya tidak akan hilang mahupun dilupakan, sebaliknya, ia akan diteruskan dengan lebih gigih dan bersemangat,” kata seorang penyampai televisyen kerajaan ketika menyampaikan berita berkenaan.

Serangan sama turut mengorbankan Ali Shamkhani iaitu Penasihat Kanan kepada Khamenei, serta Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Jeneral Mohammad Pakpour.

Selain Khamenei, media Iran melaporkan bahawa anak perempuan, menantu lelaki dan cucu perempuannya juga terbunuh di lokasi sama.

Seorang tokoh kanan yang terselamat dalam serangan itu, Ali Larijani iaitu Ketua Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, berikrar untuk terus menentang.

“Tentera yang berani dan rakyat Iran akan memberikan pengajaran yang tidak akan dilupakan kepada penindas antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, bekas Presiden Iran, Ahmedinejad juga dilaporkan terbunuh dalam satu serangan berasingan di rumahnya.

Ahmedinejad sebelum ini pernah mendakwa, ketua pasukan tentera Iran yang dibentuk untuk mengejar agen-agen Mossad, Israel juga adalah talibarut Mossad.

BACA JUGA Dah bunuh Khamenei di bulan Ramadan, Trump ugut Iran pula jika balas serangan