Iran dakwa 4 peluru berpandu sasar USS Abraham Lincoln

Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) mendakwa telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas kapal induk Amerika Syarikat, USS Abraham Lincoln, menurut laporan media rasmi Iran.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan media kerajaan, IRGC mendakwa empat peluru berpandu balistik telah dilepaskan ke arah kapal induk tersebut.

USS Abraham Lincoln merupakan kapal induk kelima kelas Nimitz dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal itu dilengkapi pesawat pejuang halimunan F-35 yang berkeupayaan mengelak radar musuh, selain diiringi tiga kapal pemusnah yang membawa peluru berpandu jelajah Tomahawk serta lazimnya disertai kapal selam berkuasa nuklear.

Imej satelit yang sebelum ini disahkan BBC Verify menunjukkan kapal induk berkenaan dikesan berada di perairan luar pantai Oman pada 15 Februari lalu.

Bagaimanapun, United States Central Command (Centcom) menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan USS Abraham Lincoln tidak terkena sebarang serangan.

BACA JUGA Aset AS di empat negara Arab jadi sasaran, Iran ikrar terus serang