Kertas siasatan siasat individu pijak al-Quran diserah kepada Jabatan Peguam Negara
Polis menyerahkan kertas siasatan berhubung individu yang fotonya tular memijak al-Quran kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini bagi tindakan lanjut.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat dan arahan daripada pejabat AGC selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Peguam Negara.
“Setakat ini, sebanyak 62 laporan polis seluruh negara telah diterima merujuk kepada penularan foto berkenaan.
“Seramai 43 saksi juga sudah dipanggil bagi tujuan rakaman percakapan bagi membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan lewat malam tadi.
“Suspek sebelum ini direman bermula 25 Februari sehingga 28 Februari 2026 sebelum perintah tahanan disambung dari 1 Mac hingga 3 Mac bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
BACA JUGA Umno nasihatkan Rafizi agar diam