PN tak nak had dua penggal, mungkin nak berkuasa lama macam presiden Pas

OLEH SYAM GHAZ

Awal gelak Fadhli Shaari, Ketua Penerangan Pas dan Afnan Hamimi, Ketua Pemuda Pas? Memalukan.

Ahli Parlimen pembangkang pun 44 orang sahaja hadir, separuh ponteng.

Undian RUU Perdana Menteri hanya 2 penggal atau 10 tahun.

▪️Tidak hadir – 32 Ahli Parlimen 

▪️Tidak mengundi – 44 Ahli Parlimen 

▪️Setuju – 146 Ahli Parlimen

Kerajaan nak 2 Ahli Parlimen sahaja nak cukup 148 @ 2/3 majoriti.

Semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan datang 100%. 8 Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan tidak dapat hadir kerana ada urusan.

Yang nyata hanya 44 orang sahaja pembangkang yang tak sokong.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, PH sudah sedaya upaya untuk reformasi jawatan Perdana Menteri 10 tahun seperti dijanjikan dalam manifesto.

PN tak mahu jawatan Perdana Menteri 2 penggal. Mungkin nak jadi presiden sampai akhir hayat macam Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kot

Pindaan RUU ini boleh dibuat lagi pada Sidang Parlimen akan datang.

Amat jelas pembangkang di Malaysia ini lemah dan tidak kontruktif. Andai kata RUU ini diluluskan, Anwar pun akan terpakai juga, penggal depan Anwar dah tamat.

Haritu bukan main nak desak ‘Anwar Turun’. 

Akhirnya keputusan hari ini seolah-olah nak kekalkan Anwar. Terima kasih PN 

Anwar boleh memerintah hingga 23 tahun lagi lah ya, kasih pecah rekod Mahathir.