Terkini SPRM sahkan seorang bekas menteri dipanggil bantu siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang bekas menteri Kabinet telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Ia berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing dari United Kingdom (UK) yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion.

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam sidang medianya berkata, bekas menteri itu antara 12 individu yang dipanggil untuk dirakam percakapan.

Individu lain termasuklah Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian.

“Saya tidak mahu sebut (nama bekas menteri). Ada daripada bekas menteri yang telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.

Beliau menjelaskan siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima SPRM, dengan tumpuan terhadap kemungkinan wujud unsur salah guna kuasa, penipuan serta isu tadbir urus dalam pelaksanaan projek berkenaan

BACA JUGA Siasatan projek RM1.1 bilion: SPRM cari bekas pegawai Rafizi