Konflik Timur Tengah: Apa nasib harga subsidi RON95? Ini jawapan Menteri Ekonomi
Susulan konflik di Timur Tengah yang menjadi tumpuan dunia, ia menimbulkan kegusaran banyak negara terhadap kesan rantaian kepada ekonomi global.
Di Malaysia, antara persoalan utama yang bermain di fikiran rakyat ialah sama ada konflik berpanjangan boleh menjejaskan harga bahan api, khususnya harga subsidi RON95.
Menjawab persoalan itu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasir berkata, setakat ini harga RON95 akan kekal RM1.99 seliter
Beliau memberi jaminan, sambil pihaknya terus memantau rapat, beliau sendiri akan memanggil satu mesyuarat penyelarasan dengan PETRONAS, Bank Negara serta wakil Kementerian Kewangan.
“Kita bukan nak bincang dari scratch. Isunya kita nak tengok, apa keputusan yang kerajaan kena ambil kalau konflik ini berterusan.
“Insya Allah saya akan selalu kongsi perkembangan.
“Apa pun lagi perkembangan yang berlaku, kesannya itu diminimumkan kepada rakyat dan peniaga-peniaga kecil,” katanya dalam satu video penjelasan di Facebook.
BACA JUGA PN: Pengerusi tanpa prestasi, presiden tanpa arah, jeneral tanpa bala tentera