Yang pasti Mahiaddin juga bukan calon PM, kata Samsuri
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyerang balas kenyataan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin kepadanya dengan berkata, bekas PM ke 8 itu juga bukan lagi calon Perdana Menteri (PM) bagi PN.
“Yang pasti TSMY juga bukan lagi calon PM,” kata Samsuri menjawab kenyataan Mahiaddin sebelum ini.
Mahiaddin sebelum ini berkata, Samsuri hanya Pengerusi PN tetapi tidak semestinya calon PM.
Samsuri dilantik sebagai Pengerusi PN selepas Mahiaddin melepaskan jawatan itu ekoran krisis besar dalam gabungan PN dan juga Bersatu.
Dalam kenyataannya hari ini Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, beliau mendapat banyak pertanyaan wartawan mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa “Dr Sam adalah Pengerusi Perikatan Nasional dan bukan calon PM”.
“Siapa pun calon, keutamaan kita sekarang adalah memperkukuhkan Perikatan Nasional dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia,” katanya.
BACA JUGA Sany Hamzan ajak penduduk kacau 101 kawah dodol