KJ orang pertama sambut tawaran Zahid Hamidi kembali kepada Umno

Khairy Jamaludin atau KJ menjadi pemimpin pertama Umno yang dipecat menyambut seruan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali kepada parti itu.

Dalam klip video Keluar Sekejap beliau, Khairy berkata, dia menyambut baik tawaran Zahid dan akan kembali kepada pangkuan Umno.

Dalam kenyataan medianya, Zahid memperlawa semua ahli Umno yang telah dipecat dan digantung untuk kembali semula ke pangkuan Umno.

Dalam klip video terbarunya, KJ berkata, beliau sememang telah menyebut akan menyertai semula Umno.

“Kenyataan telah dibuat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ia juga ada kaitan dengan pendirian peribadi kami.

“Lagipun Shahril mempunyai kedudukan dan saya juga. Tetapi bila jemputan sebegini dibuat.. saya telah lama berkata, saya sedia kembali kepada Umno.

“Saya melihat ini sebagai perkembangan yang positf dan tawaran yang ikhlas untuk saya khasnya,” kata KJ dalam klip video yang disiarkan dalam facebook beliau.

Shahril Hamdan adalah bekas Ketua Penerangan Umno yang turut dikenakan tindakan.

KJ, bekas MP Rembau tiga penggal itu telah dipecat dari Umno pada Januari 2023 selepas didakwa melanggar perlembagaan parti.

Khairy dipercayai memberikan ulasan kepada tawaran yang dibuat oleh Zahid agar semua pemimpin yang telah dipecat atau digangung dijemput untuk menyertai Umno semula.

“Dalam semangat Ramadhan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya. demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuhkan kembali keluarga besar Umno.

“Umno membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

“Dalam semangat Ramadan, segala kekhilafan dan perbezaan lampau akan dimaafkan sepenuhnya demi membuka lembaran baharu dan memperkukuh keluarga besar UMNO.

“Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyelaraskan proses penyatuan ini mengikut tatacara yang bersesuaian dengan Perlembagaan UMNO.

“Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair, serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara,” katanya.

BACA JUGA Sekretariat Melayu Islam: Bukti Islam tidak terancam, Melayu tidak terpinggir