‘Tolong buat untuk kami juga’, – Netizen Indonesia puji TNG eWallet Malaysia

TNG eWallet kini bukan sekadar aplikasi pembayaran digital di Malaysia, malah telah berevolusi menjadi platform kewangan digital yang lengkap dan dipercayai.

Popularitinya bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia, bahkan ia turut dicemburui pengguna dari negara jiran. 

Di media sosial, seorang pengguna dari Indonesia memuji reka bentuk dan paparan aplikasi TNG eWallet yang mudah digunaka.

“Tolong @mytouchngo buat juga untuk Indonesia supaya boleh daftar guna KTP (kad pengenalan Indonesia), sebab antara muka (UI) aplikasinya sangat bagus,” katanya.

Indonesia memiliki beberapa aplikasi dompet digital versi negara itu, namun rakyatnya merasakan masih terdapat kekurangan dari segi fungsi serta tiada sokongan pembayaran yang meluas berbanding yang tersedia oleh TNG eWallet.

Hantaran itu menunjukkan bahawa UI TNG eWallet dianggap lebih menarik atau mudah digunakan, atas sebab itu ada warga Indonesia yang berharap aplikasi itu turut diperkenalkan di negara mereka.

Perkongsian tersebut menarik lebih banyak respon positif dalam kalangan pengguna Indonesia yang menyifatkan ia sebagai satu kemudahan untuk mereka melakukan transaksi rentas sempadan, selain boleh dijadikan tempat penyimpanan wang.

Malah, salah seorang pengguna lain turut teruja melihat bagaimana aplikasi Touch ‘n Go sudah menjadi aplikasi universal kerana mempunyai sokongan transaksi ke lebih 50 negara di serata dunia.

Mereka berhasrat untuk mempunyai aplikasi sedemikian kerana memberi manfaat untuk urusan seharian, apatah lagi untuk mereka yang menetap di Indonesia dan mahu berurusan dalam talian merentasi sempadan.

BACA JUGA Dia bawa ke mahkamah, jadi jawab di mahkamah lah, kata PM kepada saman isteri Daim