Warga sekolah cuti raya 9 hari tahun ini

Seluruh warga sekolah di negara ini akan menikmati cuti Raya Aidil Fitri sehingga sembilan hari tahun ini apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan cuti tambahan dua hari lagi.

KPM mengumumkan cuti tambahan selama satu dan dua hari, tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Berdasarkan kalendar akademik yang dikeluarkan, Kumpulan A membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).

Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).

Lebih menggembirakan, cuti Aidilfitri ini turut bersekali dengan Cuti Penggal 1, sekali gus membolehkan pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang.

Bagi Kumpulan A, cuti penggal berlangsung selama sembilan hari bermula 20 Mac hingga 28 Mac, manakala Kumpulan B pula bercuti dari 21 Mac hingga 29 Mac.

BACA JUGA Media luar lapor Anwar dijangka tidak sambung kontrak Azam Baki