Cikgu Chandra ahli Pas
Pempengaruh media sosial, Cikgu Chandra yang keretanya dibakar pagi tadi adalah ahli Pas.
Menurut satu video yang tersebar di media sosial, Cikgu Chandra telah mengumumkan penyertaannya ke dalam Pas pada 18 Januari 2025 jam 8 pagi di Puchong, Selangor.
“Mulai hari ini, saya dengan ikhlas menyertai Pas,” kata Cikgu Chandra dalam video tersebut.
Ketika sebuah kuil di Rawang dirobohkan baru-baru ini, Cikgu Chandra juga hadir bersama.
Media hari ini melaporkan tiga buah kereta milik Cikgu Chandra telah dibakar di perkarangan rumah beliau oleh orang yang tidak dikenali.
Kini, polis sedang memburu orang berkenaan.
Dalam pada itu, Pemuda Pas Selangor akan memberikan sokongan penuh kepada Cikgu Chandra ekoran tindakan membakar keretanya.
“Saya telah menghubungi Cikgu Chandra. Insya-Allah Pemuda PAS Selangor akan sedaya upaya memberikan sokongan dan bantuan kepada beliau. Cikgu Chandra tidak bersendirian dalam menghadapi ancaman ini,” kata Sukri Omar, Ketua Pemuda Pas Selangor.
Aktivis media sosial dari Pas, Suffi Kamari antara pihak awal yang dihubungi oleh Cikgu Chandra selepas keretanya ibakar pagi tadi.
“Saya menerima panggilan telefon daripada Cikgu Chandra jam 5 pagi dan mendapatkan keadaan sebenar dan situasi keluarga cikgu.
“Kereta kereta cikgu telah dibakar sekitar jam 3 pagi tadi,” tulis Suffi dalam facebook beliau.
BACA JUGA Bakar kereta Cikgu Chandra: Hentikan segera tindakan cetus api perkauman