Boleh balik kampung awal, KPM beri cuti tambahan sempena Aidilfitri
Ibu bapa dan warga sekolah boleh menikmati syawal dan rehat lebih panjang apabila Kementerian Pendidikan mengumumkan satu hari cuti tambahan pada Rabu depan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri.
“Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah-sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac, manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B pula diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac (Khamis dan Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam tadi.
Berdasarkan kalendar itu, cuti tambahan tersebut akan bersambung dengan Cuti Penggal 1 bagi semua warga sekolah.
Ia sekali gus membolehkan ibu bapa dan warga sekolah menikmati Syawal dan rehat yang lebih panjang.
“Tambahan cuti ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.
“Ia seiring dengan hasrat KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” katanya.
BACA JUGA Polis buka dua kertas siasatan kes rumah ahli Pas diserang