Kekecohan mula landa dunia, namun Malaysia masih bertenang
Bangladesh tutup universiti lebih awal, Thailand arahkan pekerja guna tangga bukan lif, Vietnam minta pekerjanya kerja dari rumah, Kemboja hadapi krisis minyak, harga barang dijangka naik di Jepun.
Itulah situasi yang berlaku di pelbagai negara ekoran perang antara Iran dengan Amerika dan Israel.
Namun, sehingga kini, Malaysia masih bertenang bahkan harga minyak RON 95 kekal RM1.99 per liter untuk rakyat negara ini sekurang-kurangnya hingga Mei ini.
Apa yang Malaysia lakukan sekarang adalah tiada rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri dan pemimpinnya tidak boleh keluar negara ekoran perang ini.
“Lihat betapa punya hura haranya sebab petrol. Kita rilex sahaja,” kata seorang ahli Parlimen ketika mengulas apa yang berlaku sekarang.
Reuters melaporkan, Bangladesh akan menutup semua university awam dan swasta lebih iaitu mulai Isnin ini menjelang sambutan Aidil Fitri.
Ia bertujuan untuk menjimatkan penggunaan tenaga khasnya elektrik dan juga mengurangkan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan pembaziran tenaga di negara itu ekoran perang yang berlangsung di Timur Tengah.
Di Thailand, Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan semua pegawai awam bekerja dari rumah mulai Isnin lepas, di samping menangguhkan lawatan keluar negara dan menggunakan tangga berbanding lif.
Di Vietnam, Menteri Perdagangan meminta semua badan perniagaan untuk menggalakkan pekerja mereka bekerja dari rumah sebagai salah satu usaha untuk menjimatkan penggunaan minyak.
Vietnam antara negara yang terkesan teruk ekoran gangguan bekalan minyak selepas Iran diserang oleh Amerika dan Israel, lapor Reuters.
Di Kemboja, harga minyak meloncat naik dari 3,850 khmer per liter kepada 4,400 mulai 8-10 Mac lepas.
Di Jepun, Asahi Shimbun melaporkan, syarikat kimia mula mengurangkan pengeluaran bahan petrokimia dan memberukan amaran kenaikan harga barangan ekoran perang itu.
BACA JUGA Bekalan bahan api domestik cukup hingga akhir Mei, ini Petronas buat depani impak krisis Asia Barat