Sambal Tumis kini semakin panas akibat terlebih pedas
Tekanan semakin hebat terhadap sebuah akaun facebook bernama Sambal Tumis apabila didakwa menghangatkan api perkauman dengan menyiarkan gambar palsu.
Dalam posting itu, Sambal Tumis menyiarkan sebuah rumah terbakar dengan caption “Katanya rumah Cikgu Chandra terbakar”.
Padahal gambar itu adalah kebakaran yang berlaku di Sungai Buluh bukan rumah ahli Pas itu.
Sebelum ini, berita panas tersebar apabila Cikgu Chandra mendakwa rumahnya diserang dengan tiga buah keretanya dibakar.
Selepas itulah, Sambal Tumis menyiarkan gambar rumah terbakar dengan caption berkenaan.
Ekoran itu, pelbagai pihak mengutuk kerajaan khasnya polis yang didakwa lambat bertindak.
Ekoran itulah, admin page Sambal Tumis digesa ditahan.
“Admin page Sambal Tumis itu patut ditahan. 99% komen dipenuhi maki hamun terhadap kerajaan dan PDRM akibat sebaran berita palsu ini. Dia nak cetuskan ketegangan kaum ke apa?” tulis Jason Yew dalam satu posting beliau.

Sebelum itu, admin Sambal Tumis telah memohon maaf (gambar atas) atas kesilapan gambar tersebut, namun ia disifatkan sebagai sudah terlambat kerana kesan posting itu sangat ketara.
“Teruk lah kalau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia lepaskan!” tulis Sham Ghaz seorang aktivis politik.
BACA JUGA Isu sensitif agama jangan diadili sendiri, serah kepada pihak berkuasa — Sany Hamzan