Strategi Iran hadapi musuh yang kuat, yang ke 4 belum dilihat
Oleh MUHAMMAD AZMI JAMALUDIN
Dahulu, Iran sedar mereka memang takkan mampu nak berlawan dengan negara Barat terutamanya Amerika Syarikat secara berdepan.
Kalau nak beradu kekuatan kereta kebal, jet pejuang canggih atau saiz armada laut, Iran pasti akan kalah. Teknologi Amerika dan sekutunyan jauh ke depan.
Tapi macam mana sebuah negara yang sedar kelemahan diri ini boleh bangkit dan buat kuasa besar macam Amerika berfikir banyak kali sebelum nak isytihar perang?
Semuanya bermula selepas tamatnya Perang Iran-Iraq pada era 1980-an. Bila sedar tak boleh menang cara tradisional Iran tukar strategi 180 darjah.
Mereka perkenalkan taktik yang dipanggil Peperangan Asimetrik (Asymmetric Warfare). Konsepnya senang jangan bertembung dengan kekuatan musuh tapi serang dan ambil kesempatan di atas kelemahan mereka.
Ini 4 senjata rahsia bagaimana strategi ini berfungsi:
- Taktik Biar Musuh Bankrap
Daripada berhabis duit beli jet pejuang yang mahal, Iran fokus hasilkan peluru berpandu dan dron serang kamikaze secara besar-besaran.
Dron ini kosnya sangat murah. Tapi bila dilancarkan banyak negara Barat terpaksa lancarkan misil pertahanan udara bernilai jutaan ringgit hanya untuk menembak jatuh dron tersebut.
Secara matematik Iran sedang buat musuh berdarah dan bankrap secara perlahan-lahan.
- Rangkaian Proksi
Iran tak keseorangan diri. Selama berpuluh tahun, mereka bina hubungan dan danai kumpulan di negara-negara seperti Lubnan, Iraq, Syria dan Yaman.
Kesannya? Kalau perang tercetus, musuh takkan boleh fokus di satu medan saja. Mereka terpaksa hadapi pelbagai siri serangan dari pelbagai arah secara serentak.
- Pegang Nadi Minyak Dunia
Iran tahu kedudukan geografi mereka adalah senjata. Mereka duduk betul-betul di sebelah Selat Hormuz, laluan sempit di mana 20% minyak dunia lalu setiap hari.
Kalau Iran sekat laluan ini, harga minyak global akan melambung tinggi, rantaian ekonomi dunia hancur dan kerajaan AS akan berdepan tekanan kemarahan dari rakyat mereka sendiri.
- Serangan Piranha di Lautan
Amerika berbangga dengan kapal pengangkut pesawat gergasi mereka. Cara Iran balas? Mereka tak bina kapal besar, sebaliknya guna ribuan bot kecil yang sangat laju dan dilengkapi torpedo.
Di perairan sempit seperti Teluk Parsi, bot-bot ini akan menyerang secara berkumpulan seperti piranha. Kapal gergasi musuh akan susah nak bergerak dan sukar untuk mempertahankan diri dari semua arah.
Matlamat tentera Iran bukanlah nak menewaskan Amerika Syarikat di medan tempur. Sebaliknya, strategi mereka adalah untuk jadikan peperangan itu terlalu rumit, terlalu panjang dan sangat mahal.
Mereka tunggu sampai satu tahap di mana beban kos dan masalah ekonomi menyebabkan musuh terpaksa angkat bendera putih dari segi politik.
BACA JUGA Bila kapalterbang jatuh, tempat basuh kain kapal induk terbakar dengan sendiri