Tuan Ibrahim jadi Timbalan Pengerusi PN
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional kali 1/2026 yang diadakan hari ini memutuskan untuk melantik tiga lagi Timbalan Pengerusi PN baharu selain Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
Individu yang dilantik ialah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) dan Punithan Paramsiven (MIPP).
Setiausaha Agung PN kekal disandang Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Manakala Timbalannya pula iala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Wong Chia Zhen; dan Datuk Sivakumar Krishnan.
Ketua Penerangan PN Tan Sri Haji Annuar Musa; Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin; Bendahari Agung, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Ketua Wanita disandang Datuk Nolee Ashilin Datuk Mohammed Radzi; Ketua Pemuda, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen; dan Pegawai Awam Zaidy Abdul Talib.
PN memaklumkan, jawatan Ketua Pembangkang akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen dari Pas, namun namanya akan diumumkan sebelum akhir bulan ini.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
BACA JUGA Naratif mazhab sunni vs syiah hanya dongeng, yang dipertahankan sebenarnya takhta