Baru kalian puas hati kan, dua-dua dah kena dakwa
OLEH DR ZULQARNAIN LUKMAN
Baru kalian puas hati kan? Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy kedua-duanya kena dakwa di mahkamah. Selain itu, seorang lagi bernama Mahendra Bhoopaty juga didakwa atas kesalahan yang serupa.
Mereka ini didakwa di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
Seksyen tersebut menyatakan,
505. Kenyataan-kenyataan yang membawa kepada khianat awam.
Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita:
(b) dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam di mana mana-mana orang mungkin terdorong untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap Negara atau terhadap ketenteraman awam;
hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.
Pengecualian – Tidaklah menjadi suatu kesalahan dalam erti seksyen ini, jika orang yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita itu mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa kenyataan, khabar angin atau berita itu adalah betul dan orang itu membuat, menerbitkan atau mengedarkannya tanpa apa-apa niat yang tersebut itu.
Ini yang dinamakan takde pasal cari pasal. Apabila terima pasal macam ini adalah amat tidak berbaloi. Tak usah lah sembang kata perjuangan la apa ke benda pun.
Ini semua kerja yang tidak berfaedah. Ini bukan dakwah tapi dakyah yang berpotensi menjadi punca pecah belah dan akhirnya ketenteraman awam akan terjejas.
Bayangkan jika suatu masa kita semua takut nak keluar rumah sebab takut kena serang dengan orang lain. Kita takut nanti bila keluar rumah ada orang akan parangkan kepala kita.
Anak-anak terpaksa berkurung dalam rumah. Ini adalah bahaya jika api perkauman dan permusuhan agama dimarakkan dan dibatu apikan.Â
Cubalah kita insaf sikit dengan keadaan semasa covid-19 dulu. Sudahlah negara diisytihar darurat tak tentu pasal rakyat pun kena denda puluhan ribu sebab keluar rumah nak beli berger. Kita nak pergi masjid solat pun tak boleh sampai ada yang curi-curi solat jumaat tepi pagar sahaja.
Sekarang ini orang makin bebas untuk bersuara disebabkan ada media sosial. Kadangnya fakta yang diberikan itu sikit tetapi yang banyaknya di auta kan fakta itu sehingga menjadi batu api.
Yang tak tahannya apabila batu api itu dijulang sebagai ahli syurga, pendakwah, mukmin soleh dan lain-lain. Ini semua permainan dunia di media sosial. Jenis yang lapar viral dan follower.
Mereka ini bukannya wali Allah tetapi sudah menjadi wali dan ejen syaitan untuk hasut manusia mencaci maki dan bergaduh dan berperang. Cukuplah atas dunia ini ada seorang aja otak biol macam Presiden Trump.
BACA JUGA Zamri Vinoth, Arun Dorasamy mengaku tak salah cetus ketakutan orang awam