Zaharudin dicadang muzakarah dengan bapa mertua bila balik raya nanti
Menantu Presiden Pas, Zaharudin Mohamad dicadangkan agar mengadakan muzakarah dengan bapa mertua beliau, Tan Sri Abdul Hadi Awang apabila pulang beraya nanti mengenai kelayakan Dr Samsuri Mokhtar untuk menjadi calon PM.
Saranan ini diberikan oleh rakan-rakan beliau termasuk Mohamad Zuhdi Mat Piah yang mengulas permintaan Zaharudin yang mahu mengadakan muzakarah dengan pucuk pimpinan Pas tentang pemilihan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon PM dari Perikatan Nasional (PN).
“Elok balik raya rumah mertua nanti muzakarah dengan ayah chik sendiri la. Apa-apa bagitau kami…,” kata Zuhdi, orang kuat Dewan Ulama Pas Selangor itu.
Zaharudin di dalam posting beliau mengulangi keterujaan beliau untuk bermuzakarah dengan mengenai hukum kepimpinan ulama dan kelayakan Dr Samsuri sebagai calon PM.
“Kepada admin page (saya dah tahu siapa admin yg pos), saya bukan sahaja bersedia, tapi bersetuju untuk muzakarah isu pokok, sama ada topik “Hukum Kepimpinan Ulama dan cara perlaksanaannya.” Atau “Kelayakan Dr Samsuri Sebagai PM menurut hukum”..”
“Lama dah saya tunggu, ada pihak dalaman, untuk muzakarah,” kata Zaharudin yang baru-baru ini lulus untuk menerima ijazah PhD.
Dalam postingnya, Zaharudin berkata, beliau sedia mengadakan muzakarah mengenai calon PM dari Pas bila-bila masa sahaja dan sedia kalau Samsuri turut serta.
“Kalau nak buat tertutup, insyallah saya tak tapis. Saya alukan juga kalau nak ajak sekali Dr Samsuri biar saya tajrih dia depan-depan dan dapat penjelasan dia depan-depan terhadap apa yang dia buat sebelum ni.
Kata Zaharudin, isunya adalah mustahil Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man atau Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad setuju atau tidak (untuk dicalonkan sebagai PM), “kerana isu ini belum mesyuarat pun.”
Beliau memberikan dua soalan tentang isu ini iaitu:
- Mesyuarat mana yg putuskan dia (Samsuri) PM?
- Jawapannya pasti bukan rasmi parti, maka soalan lanjut ialah kenapa pihak yang promote dan angkat Dr Sam, bukan DTITM atau U Idris?
“Sedangkan dari segi senioriti dan pengalaman serta kelayakan hukum, mereka berdua jauh lebih layak. Banyak kebaikan DS TITM dan Datuk Ustaz Idris waktu mereka berdua jadi menteri. Kenapa kumpulan ini tak highlight dan angkat?” soal beliau kerana Samsuri hanya seorang naib presiden Pas yang junior.
Zaharudin menulis perkara ini bagi menjawab satu posting oleh Dewan Ulama Pas Selangor yang mempertikaikan pendirian Zaharudin.
BACA JUGA NGO wakili India & Melayu gesa henti main isu perkauman, cari jalan damai