Pelbagai berita gembira menjelang Hari Raya
Dua tiga hari menjelang Hari Raya, Malaysia menerima pelbagai berita baik yang mengembirakan untuk rakyat negara ini.
Yang paling menarik adalah harga barangan makanan yang terus terkawal buat masa ini di samping bekalan yang mencukupi di seluruh negara.
Menarik juga adalah pertemuan dua kumpulan yang selama ini bertelagah iaitu NgO Islam dan juga NgO bangsa India yang sebelum ini panas dengan isu kuil haram.
Wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India pada Rabu menganjurkan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian dalam menyelesaikan beberapa isu yang membelenggu kedua-dua kaum sejak kebelakangan ini.
Wakil kedua-dua kaum kaum itu dipertemukan melalui program Harmoni Madani yang yang berlangsung kira-kira empat jam di Pusat Konvensyan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya.
Semalam juga Tabung Haji mengumumkan berita gembira untuk pencarum mereka iaitu mengumumkan agihan keuntungan 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, lebih tinggi berbanding 3.25 peratus bagi tahun 2024.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata agihan tersebut melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.22 bilion, yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit TH.

Yang turut gembira adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah, pengumuman dividen Tabung Haji (TH) hari ini yang mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun hadir sebagai khabar gembira buat umat Islam menjelang Aidilfitri.
“Pencapaian ini mencerminkan hasil pembaharuan yang menekankan tatakelola, memperbetulkan asas institusi serta mengembalikan disiplin dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan TH.
“Pembaharuan ini juga adalah ikhtiar untuk kembali mengangkat dan memartabatkan TH selaras dengan semangat asal penubuhannya yang berteraskan pengurusan amanah dan tanggungjawab terhadap kepentingan umat Islam.
“Semoga khabar baik ini menambah rasa syukur dan ketenangan dalam menyambut Aidilfitri, serta memperkukuh keyakinan umat terhadap usaha kita untuk terus memelihara institusi ini demi kepentingan bersama, Insya-Allah,” tulis PM Anwar.
Tabung Haji juga mengumumkan kos haji kekal sekitar RM33,000 walaupun kos global meningkat.
Penerbangan haji dengan Arab Saudi telah dikunci kosnya walaupun harga minyak dijangka meningkat.
Kedudukan Ringgit juga terus kukuh berbanding Dollar Amerika bahkan juga berbanding Dollar Singapura manakala Bursa Saham KL terus stabila Ketika ekonomi dunia goncang akibat perang timur tengah.

Di bidang politik pula, kunjungan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi berita gembira untuk penyokong Kerajaan Perpaduan.
Mereka berharap selepas ini Rafizi Ramli pula bertemu dan bersalam mesra dengan PM Anwar.
BACA JUGA NGO wakili India & Melayu gesa henti main isu perkauman, cari jalan damai