Akhirnya Bersatu pecat Che’gu Bard
Selepas bertuba-tubi menyerang Bersatu, akhirnya Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che’gu Bard dipecat daripada parti itu.
Beliau dimaklumkan mengenai pemecatan itu oleh Setiausaha Lembaga Disiplin Bersatu melalui WhatsApp pada jam 6 petang semalam.
Mengulas tindakan itu, Che’gu Bard seperti dilaporkan portal FMT, mendakwa Bersatu tidak lagi memperjuangkan isu rakyat dan mementingkan hanya kelompok tertentu.
Beliau yang dipilih sebagai Ketua Bersatu Port Dickson pada November 2024, berikrar untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dan memerangi rasuah.
Che’gu Bard sebelum ini adalah penggerak PKR yang menyokong Reformasi. Namun selepas itu beliau keluar menyertai Bersatu pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
Sebelum ini, Bersatu telah memecat ramai pemimpinnya termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin.
BACA JUGA Zaharudin dicadang muzakarah dengan bapa mertua bila balik raya nanti