Trump mula ‘takut’, salahkan Israel serang loji gas Iran
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini ‘mula takut’ apabila menyalahkan Israel atas serangan ke atas loji gas South Pars di Iran dan menyatakan AS tiada kaitan dengan serangan itu
Kenyataan menuding jari itu dibuat Trump selepas gagal mengawal sekutu kuatnya di bawah operasi Epic Fury tersebut yang telah memasuki minggu ketiga.
“AS dan Qatar tiada kaitan dengan serangan itu. Kami tidak tahu-menahu langsung.
“Israel tidak lagi akan melancarkan serangan ke atas kemudahan penting di South Pars melainkan jika Teheran menyerang Doha,” ujarnya menerusi platform Truth Social yang seakan-akan menunjukkan rasa takut terhadap kemungkinan tindak balas oleh Iran.
Menurut Agensi, laporan Wall Street Journal dan Axios mendedahkan sebaliknya, mendakwa Trump sebenarnya sudah mengetahui pelan serangan ke atas deposit gas asli terbesar di dunia tersebut malah beliau menyokong penuh operasi tersebut.
Difahamkan, Iran berkongsi medan South Pars tersebut bersama Qatar yang merupakan sekutu rapat AS.
BACA JUGA Malaysia-India sepakat seru henti segera krisis Asia Barat