Jambatan Angkat penuh dengan dentuman mercun, bunga api di malam raya

Walaupun mendapat larangan dari pihak polis agar jangan membakar mercun dan bunga api di persekitaran jambatan angkat Kuala Terengganu, tetapi nampaknya ia tidak diendahkan oleh orang ramai.

Sejak petang semalam hingga ke petang ini, orang ramai membakar mercun dan bunga api sebaik sahaja selesai berbuka puasa di dataran sekitar jambatan itu.

Ia telah menjadi tradisi sejak beberapa tahun lepas apabila orang ramai berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan jambatan yang menjadi ikonik bandar Kuala Terengganu ini.

Selepas berbuka dan solat, mereka mula memasang bunga api yang memenuhi persekitaran bandar Kuala Terengganu.

Pada15 Mac lepas, polis meminta orang ramai agar menghentikan perbuatan bermain mercun dan bunga api secara terbuka di lokasi tumpuan di bandar raya ini dan Kuala Nerus yang dikesan semakin menjadi-jadi pada bulan Ramadan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kes pembakaran mercun dan bunga api secara terbuka kerap dilaporkan di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus serta Pantai Batu Burok, di sini.

Beliau berkata, perbuatan bermain mercun dan bunga api itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman malah telah menyebabkan kecederaan orang awam.Peralatan keselamatan api

“Saya ingatkan orang ramai di Dataran Drawbridge (Jambatan Angkat Kuala Terengganu), Pantai Seberang Takir dan Batu Burok supaya tidak melakukan pembakaran mercun sewenang-wenangnya.Pelancongan Kuala Terengganu

“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan gangguan awam dan Seksyen 286 akta sama iaitu kecuaian melibatkan bahan letupan,” katanya di sini hari ini.

Pada 12 Mac lalu, seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila terkena percikan mercun sewaktu berbuka puasa bersama keluarga di kawasan parkir berdekatan Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.

Perkara itu turut membuatkan kain yang dipakai sewaktu berbuka puasa berlubang dek kerana terkena percikan mercun tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Hazwani Abdullah berusia 37 tahun memaklumkan insiden berlaku selepas dia bersama empat orang anaknya berbuka puasa di kawasan terbabit.

BACA JUGA PM Anwar pulang ke Cherok Tok Kun menjelang Hari Raya