Gelagat Exco Terengganu sekali lagi jadi sorotan

Gelagat Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Hanapiah Mat mempamerkan di dalam facebook beliau menaiki helikopter untuk berhariraya menerima kecaman berat dari rakan-rakan beliau.

Ini kerana, tindakan beliau mempamerkan kemewahan ketika negara menuntut kita bersederhana akibat perang, sangat tidak disenangi rakan-rakan facebook beliau.

Kerajaan meminta semua pihak bersederhana dan berjimat bagi menangani perang di timur tengah kerana dunia sekarang berdepan dengan krisis tenaga.

Negara jiran Thailand dan Vietnam terpaksa mencatu bekalan minyak dan gas untuk rakyat mereka ekoran kekurangan bekalan selepas 20 peratus bekalan tenaga dunia tersekat di Selat Hormuz.

“Dalam keadaan diesel mahal sekalipun, Exco Ganu masih mampu guna heli untuk beraya ke sana ke mari. Mesti level yang setanding dengan PMX,” tulis Ezani Ismail, salah seorang dari hamper 400 yang membuat komen terhadap posting beliau.

Tindakan Adun Kijal ini juga disifatkan sebagai takbur dan ada juga yang menyifatkan tindakan ini sebagai menganjing kepada Perdan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa selalu naik helicopter.

Wan Jamal menulis, “Untung lah jadi YB.. rakyat sesak atas jalan Yb relex je.. takbur boleh naik helikopter.. terbaik YB susah nak cari YB macam ni takbir.”

Tindakan pemimpin Pas yang berhadapan dengan dakwaan oleh SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan pekerjaan dalam syarikat yang dikuasai juga tidak disenangi oleh musuh Pas.

“Orang kaya raya buat apa pun boleh . Kecuali rakyat yang miskin. Nok bayar duit sewa rumah pun x mampu. Mental pemimpin PAS PIS pus ni,” tulis Jamalludinn Abdullah.

BACA JUGA Krisis minyak di Thailand, kita sewajarnya bersyukur