Trump tangguh lima hari tidak serang janakuasa Iran

Selepas memberikan amaran untuk menyerang Iran besar-besaran termasuk janakuasa tenaga elektrik, Presiden Amerika Donald Trump mengumumkan penangguhan selama lima hari.

Bagi penganalisis, ia adalah mesej mahu berdamai dari Presiden Trump.

“Tangguh serang janakuasa lima hari? Donald Trump nak damai?” tulis penganalis Fathi Aris Omar.

Trump dalam tulisannya telah memaklumkan untuk menangguh lima hari serangan ke atas janakuasa Iran ekoran jawapan Iran mahu menyerang semua janakuasa elektrik di Timur Tengah.

“Saya suka memaklumkan, Amerika Syarikat dan negara Iran, sejak dua hari lepas telah mengadakan perbincangan untuk penyelesaian secara muktamad tentang suasana tegang di Timur Tengah.

“Ekoran itu, saya telah mengarahkan Jabatan Perang untuk menangguhkan serangan ke atas janakuasa selama lima hari,” kata Trump.

Kenyataan Trump dibuat selepas Iran mengancam untuk menyerang loji kuasa Israel dan mereka yang membekalkan pangkalan Amerika di seluruh rantau Teluk jika Amerika menyasarkan rangkaian kuasa Iran.

BACA JUGA Wanita Iran korbankan emas permata untuk negara mereka