Caci maki ajar saya jadi kuat, kata Mufti Wilayah
Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Fauwaz Fadzil berkata, beliau telah menjadi lebih kuat ekoran caci maki yang diterima beliau selepas menjadi mufti.
“Di antara yang pengalaman menarik ketika menjadi mufti adalah melihat caci maki yang pelbagai daripada pelbagai pihak.
“Namun ia mengajar saya menjadi kuat dan dapat memahami perasaan mental sebahagian masyarakat tidak sihat, dalam masa yang membinbangkan saya tahap jiwa mereka yang problem,” kata beliau.
Bagi anak Almarhum Datuk Fadzil Noor, Presiden Pas itu, beliau diajar agar memaafkan orang yang memaki.
“Alhamdulillah saya diajar oleh al Quran sentiasa memaafkan orang yang memaki walaupun mereka tidak memohon maaf kerana saya sayangkan umat Islam.
“Musuh saya adalah mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya,” katanya.
Bagi beliau, beliau sentiasa sedekahkan segala cercaan pelbagai pihak kepadanya walaupun orang pernah dekat dengan beliau kerana ia adalah asam garam di dalam menerangkan kebenaran ilmu.
“Alhamdulilah segala cercaan dapat menjadikan saya lebih kuat membaca dan menulis agar ilmu dapt disebar kepada masyarakat,” katanya.
Sentiasa terus bekerja untuk umat dan negara agar mendapat pahala yang besar di sisi Allah Taala dan dapat bersama dgn Saidina Baginda Nabi di sana.
“Jom maafkan orang,” kata Mufti Wilayah itu.
BACA JUGA Pindah Hospital Bukit Mertajam untuk selamatkan kuil satu fitnah