SPRM perketat undang-undang, tiada lagi kebal untuk yang berpengaruh
OLEH DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN
Alhamdulillah, SPRM menerusi pengumuman Tan Sri Azam Baki, bersetuju mengkaji 3 akta baharu bendung seleweng dana awam yang sebelum ini wujud kelemahan serta halangan menghukum pihak bersalah tertentu dari didakwa.
Baru-baru ini, setelah banyak rungutan orang awam, saya telah mencadangkan SPRM mengkaji semula akta mereka yang sedia ada dalam kes kes seperti Sejati Madani, yang berlaku penyelewengan dana awam melalui pengaruh politik.
Dengan ini diharapkan tidak lagi berlaku ketidakadilan penghukuman berat yang tidak adil ke atas yang miskin, yang terpaksa mencuri susu tin untuk anak kecil, yang lapar, sementara mengambil wang ratusan serta jutaan ringgit hanya dikenakan denda atau langsung terlepas hukuman kerana kelemahan akta.
Aduan dana awam mengenai program tertentu untuk membantu mereka yang kurang berada, telah diselewengi oleh mereka yang sepatutnya beramanah menguruskan projek.
Tetapi individu ini dikatakan terlepas pendakwaan SPRM kerana tiada peruntukan dalam akta sedia ada, iaitu ‘Akta SPRM 2009’.
Pindaan serta perubahan ini timbul kerana peruntukan SPRM perlu dikaji semula atas ‘loop hole’ – tiada peruntukan, bawah akta sedia ada.
Pindaan atau perubahan Akta SPRM yang diumumkan oleh Tan Sri Azam Baki tadi bertujuan membaiki kelemahan atau loop hole dalam Akta SPRM 2009 yang lama yang akan membolehkan pesalah sekarang didakwa.
Cadangan baru SPRM mengkaji semula dengan 3 akta baharu memberi harapan untuk keadilan yang lebih menyeluruh di bawah cadangan akta baru yang ketiga
SPRM melalui akta baru yang ketiga akan “mencegah konflik kepentingan pengaruh rasuah tidak wajar”, yang diharapkan akan membendung gejala penindasan tidak adil yang berlaku seperti kes Sejati Madani’.
Adalah diharapkan pihak-pihak yang telah awal isytihar kejayaan selepas melakukan kesalahan, diharap bersabar kerana melalui akta yang baru ini belum tentu mereka yang bersalah akan terlepas menghadapi pengadilan seperti sepatutnya selepas akta baru berkuat kuasa.
Sudah sampai masanya akta baru SPRM ini akan menjadi lebih menyeluruh dan adil kepada semua pihak demi keadilan dan tiada lagi situasi hukuman antara dua darjat – melindungi mereka yang berpengaruh dan berkedudukan, dan menindas pihak marhaen yang lemah.
Adalah diharapkan SPRM akan tegas dalam tindakan penguatkuasaan mereka untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPRM yang kebelakangan ini berdepan banyak kontroversi.