Pemilik inap desa dedah dua sikap berbeza penyewa yang buat ramai tersentak

Oleh ABBE HAE

Hidup biar ada adab sesama manusia. Kalau hidup tidak beradab dengan manusia bagaimana kita nak beradab dengan Allah SWT.

Walaupun kita sewa inap desa (homestay) dan kita bayar homestay yang kita tinggal itu tetapi semasa nak keluar dari tempat kita sewa itu, ada baiknya kemaskan dulu seperti mana kita masuk.

Tidak 100 peratus kemas pun tidak mengapa, janji sampah-sarap letak di luar rumah, meja makan lap bersih dan lampu serta aircond kena tutup baru kita beradab.

Saya ingin cerita di sini ada dua sikap penyewa homestay yang berbeza:

1) Penyewa yang pertama terdiri daripada enam perempuan dan beberapa anak kecil.

Semasa keluar homestay didapati homestay bersepah dan aircond serta semua lampu tidak dipadamkan sebelum keluar.

Hal ini memalukan diri sendiri kerana mentaliti pengotor dan boros begini. Tolong jangan malukan diri sendiri atas sikap kita. Baiki diri ya yang bersikap pengotor tu.

2) Penyewa kedua homestay yang sama terdiri daripada 12 lelaki dan kesemuanya adalah juruterbang.

Semasa keluar homestay, pemilik agak terkejut kerana keadaan sangat bersih sepertinya mereka tidak pun masuk menginap di homestay walhal mereka menginap di situ.

Kedua-dua jenis penghuni homestay ini mempunyai mentaliti yang amat berbeza.

Penyewa pertama kekurangan pendidikan dalam banyak hal dan penyewa kedua pula adalah juruterbang yang kita tahu mempunyai pendidikan terbaik.

Maka patut ikuti contoh 12 juruterbang ini yang menjaga maruah mereka agar mereka lebih dihormati oleh sesiapa saja.

Kebersihan itu dituntut dalam Islam. Susahkah untuk kita semua menjaga kebersihan? Tepuk dada tanyalah iman.

BACA JUGA Selat Hormuz ‘terkunci’, 3,300 kapal tangki berdepan krisis air dan makanan