Langkah praktikal, pindahkan sahaja rakyat Israel ke Amerika

Oleh MOHD YUSRI IBRAHIM

Rakyat Israel hanya berjumlah 10 juta orang.

Keluasan negara Israel yang dijajah daripada Palestin pula sekitar 20 ribu kilometer persegi.

Dasar luar Amerika sekarang banyak berorientasi menjaga kepentingan negara dan rakyat Israel.

Dalam perang terhadap Iran kali ini, trilion dolar wang pembayar cukai rakyat Amerika telah dihanguskan.

Bukan untuk kepentingan pembayar cukai mereka sangat pun, tetapi untuk kepentingan Israel.

Rakyat Amerika kerja penat-penat dan bayar cukai, duit tersebut dihanguskan untuk jaga kepentingan Israel.

Keberadaan Israel di Asia Barat banyak menyusahkan wilayah serantau, menimbulkan huru hara seluruh dunia.

Juga merugikan pembayar cukai rakyat Amerika.

Untuk keamananan dunia dan tidak merugikan Amerika, mungkin boleh dicadangkan penempatan semula negara Israel ke dalam wilayah Amerika.

Amerika Syarikat luas, masih banyak ruang kosong untuk penempatan negara Israel.

Antara pilihan sesuai contohnya selatan Nevada sekitarnya, di situ luas dan penduduk asalnya tak ramai.

Boleh tempatkan sebuah negara Israel di situ tanpa perlu pindahkan penduduk asal.

Banyak lagi sebenarnya tempat yang sesuai seperti Utah Tenggara, Arizona Barat dan sebagainya.

Amerika sangat sayang kepada Israel, bahkan kelihatan lebih sayang Israel berbanding rakyat sendiri.

Pemindahan Israel ke Amerika adalah langkah paling strategik.
Boleh mengamankan dunia.

Boleh jimatkan duit pembayar cukai rakyat Amerika.

Bolehkah idea ini dipraktikkan?

Boleh je.

Israel yang ada sekarang pun projek penempatan semula, yang hanya bermula pada tahun 1948.

Masih sangat baru.

Dalam masa sama rakyat Israel pun bukan setia sangat dengan negara mereka.
Majoriti mereka mempunyai dua kerakyatan, khususnya kerakyatan negara-negara Eropah lain.

Setiap kali krisis, berduyun-duyun mereka berlumba-lumba tinggalkan negara.
Dengan kata lain mereka hanya bermukim di Asia Barat, bukan bermaustautin.

Orang bermukim lebih mudah untuk berpindah, mereka tiada estetika yang mengikat.

  • Penulis adalah penganalisis politik dan pensyarah sebuah universiti tempatan.

BACA JUGA Anwar Prabowo cari titik persamaan hadapi konflik Asia Barat