Apa ni PMX, Mat Sabu, bekalan cukup je!!!
Rakyat Malaysia berjaya melepasi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tanpa sebarang masalah dan keributan walaupun dunia, termasuk negara jiran, ribut ekoran perang di Timur Tengah.
Ini menyebabkan rakyat negara ini teringat, ketika dunia dilanda Covid-19 sebelum ini, telah menyebabkan pelbagai masalah melanda negara akibat kegagalan pemerintah ketika itu.
Akhirnya, para netizen menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
“Apa ni PMX, Mat Sabu? Macam mana bikin sampai ayam, telur, minyak dok ada selalu, harga pun ok?” tulis Mohamad Ooi penuh sindiran.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka mengajar Perikatan Nasional (PN) macamana cara mentadbir negara agar rakyatnya terus tenang, senang dan tidak ada keributan sebagaimana ketika mereka mentadbir negara sebelum ini.
“Cuba ajar PN. Kalau-kalau mereka ambil alih nanti,” kata Mohamad menerusi tulisan beliau dalam facebook.
Tetapi beliau yakin, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan yang ada sekarang akan terus kekal.
“Tapi, insyaAllah saya kekal pilih PH..walaupun ada kekurangan serba sikit.
Walaupun ada kekurangan, namun jauh lebih elok daripada PN.
“Alhamdulillah. Rezeki Allah beri.” katanya.
Tidak sebagaimana ketika Covid-19 melanda, negara berada dalam keadaan kucar kacir dengan bekalan makanan terputus dan harganya mahal.
Sekarang, bekalan makanan terus stabil ketika umat Islam merayakan Aidilfitri.
Ketika negara jiran ribut dengan ketiadaan bekalan dan catuan minyak, rakyat Malaysia boleh kekal dengan harga RON95 hanya RM1.99 seliter walaupun koutanya akan dikurangkan.
BACA JUGA Tak membazir tapi tak kedekut, Azli puji pendekatan kerajaan tangani krisis tenaga