Pembangkang ‘kona’ isu minyak, akhirnya akui realiti sebenar
Oleh JAMZURI ARDANI
Penyokong pembangkang akhirnya sedar serangan mereka ke atas kenaikan harga pasaran minyak sudah jadi macam peluru angin.
Sebab mereka pun tahu jika mereka jadi kerajaan, mereka hadap isu yang sama. Mereka pun tidak ada idea alternatif atau cadangan yang bernas untuk mendepani isu ini.
Akhirnya mereka ‘kona’.
“Kami faham isu kenaikan harga minyak. Tapi dulu Anwar juga yang bising melalak bila harga minyak naik, sekarang bila dia sendiri hadap … baru padan muka. Jilat balik ludah”.
Saya begini, kalau dulu Anwar silap, maka silaplah. Namun, dulu suasana banyak berbeza, maka tentu sikap politik juga berbeza.

Waktu itu negara kita net exporter minyak, sekarang sudah jadi net importer. Waktu dulu beban subsidi kerajaan hanya sekitar RM30 bilion setahun.
Sekarang jika teruskan subsidi pukal boleh cecah RM100 bilion. Dulu tiada subsidi bersasar, sekarang sudah ada subsidi bersasar.
Melangkaui kebencian
Politik harus melangkaui kebencian dan dendam peribadi. Jangan kerana perasaan tersebut, kita menentang secara membabi buta.
Jika apa yang Perdana Menteri buat ini baik untuk negara, sokong sajalah. Buat apa mahu ungkit kisah silam.
Najib dulu pun jatuh bukan sebab harga minyak. Najib jatuh sebab isu 1MDB. Bila Najib minta pengampunan, Anwar yang angkat permohonan itu ke Lembaga Pengampunan.
Kita sebagai rakyat tidak perlu pun ambil kisah pasal pergaduhan peribadi antara pemimpin. Biasalah politik memang begitu.
Sahabat Nabi Muhammad SAW pun berperang sesama sendiri kerana pertikaian politik. Apa nak hairan sangat kalau pemimpin politik hari ini bercakaran.
Alhamdulillah, zaman ini kita ada sistem demokrasi dan pilihan raya. Tak payah lagi nak kena pergi perang untuk selesaikan pertikaian politik macam zaman dulu.
Saya fikir mudah sahaja. Kalau pembangkang ada idea yang lebih baik, sila kemukakan kepada rakyat.
Jika betul mereka boleh buat lebih baik, tiada masalah pun untuk saya undi mereka pula.
Namun, jika sekadar bermodalkan fitnah, perkauman, kebencian dan sikap assabiyah, lebih baik tidak perlu diteruskan.
BACA JUGA ‘Tanam sendiri, jangan bergantung sepenuhnya’, menteri seru rakyat hadapi kesan krisis global