28 pelajar AS nikmati pengalaman bermakna di masjid Pulau Pinang
Seramai 28 pelajar Amerika Syarikat (AS) dilihat menikmati pengalaman bermakna sepanjang kunjungan ke Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang.
Reaksi spontan kumpulan penuntut terbabit dikongsikan menerusi TikTok Persatuan Dakwah Islam Antarabangsa (IPSI).
Mereka dilihat tekun mendengar penjelasan yang disampaikan oleh Pengasas dan Presiden IPSI, Kamarudin Abdullah.

Difahamkan, Kamarudin merupakan individu yang mempelopori usaha mewujudkan Kesedaran Melalui Lawatan Masjid (ATMT).
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata memuji penyampaian Kamarudin yang jelas dalam memberi penerangan mengenai ibadat solat kepada golongan bukan Muslim.
“Untuk saya yang dah lama Islam pun rasa terpanggil untuk semakin dekat dan cuba untuk belajar lagi dan lagi,” demikian antara kata warganet.
Sementara itu, pentadbir TikTok IPSI dalam antara reaksinya berkata, orang ramai dialu-alukan berkongsikan rakaman video itu kepada rakan-rakan bukan Islam.
Menurut IPSI, perkongsian klip itu bagi membolehkan mereka dapat memahami Islam dengan lebih baik serta memperbetulkan salah faham yang mungkin berlaku.
BACA JUGA Pembangkang ‘kona’ isu minyak, akhirnya akui realiti sebenar