Ketika kerajaan minta jimat guna minyak, Pas anjur Konvoi Bersama 4 MB
Pas langsung tidak boleh ‘pakai’ apabila menganjurkan ‘Konvoi Bersama 4 MB’ ketika kerajaan dalam usaha penjimatan susulan konflik di Asia Barat yang masih belum nampak tanda reda.
Program anjuran pembangkang itu dijadualkan pada pagi 4 April depan dengan pelepasan konvoi bertempat di Dataran Batu Buruk.
Menerusi poster hebahan program, konvoi meliputi gabungan ‘State Government 4’ atau SG4 dianggotai empat negeri dikuasai Pas itu diadakan sempena Ijtimak Antarabangsa Kali Kelima Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026.
Mengulas program yang membazirkan bahan api dan mencemar kualiti alam sekitar itu, penganalisis Jamzuri Ardani secara sinis menasihatkan Pas supaya tidak membazirkan akal.
“Tahulah yang kalian tu pembangkang, tapi akal tu janganlah dibazirkan. Bila akal dibazirkan, maka kalian buatlah program yang bazirkan bahan api.
“Apa sebenarnya yang kalian nak tunjuk dengan program macam ini dalam suasana sekarang?” termpelaknya.
Sebelum ini, rakyat dinasihatkan menggunakan bahan api secara berhemat serta memastikan penggunaan tenaga yang mampan dalam persekitaran ketidakpastian berterusan di Asia Barat.
Kerajaan turut melakukan penyelarasan sementara had bulanan individu berkuat kuasa 1 April, bagi pembelian BUDI95 kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini.
Usaha berhemat dalam perbelanjaan ekoran perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran juga terbukti apabila semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini.
BACA JUGA Amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri petang ini