4 pesawat tentera AS jatuh ditembak, sistem pertahanan Iran tidak selemah seperti dianggap Trump
Iran dilapor berjaya menembak jatuh empat pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) di ruang udara tengah negara ini ketika AS melaksanakan misi menyelamatkan seorang juruterbangnya.
Lapor agensi berita rasmi IRNA memetik sumber Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya, ia membabitkan dua pesawat pengangkut tentera C-130 Hercules dan dua helikopter Black Hawk.
Jurucakap markas bersepadu Angkatan Tentera Iran itu, Ebrahim Zolfaghari, berkata pesawat terbabit disasarkan dalam operasi bersama pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), tentera darat, pasukan sukarelawan Basij dan penguat kuasa undang-undang di selatan wilayah tengah, Isfahan.
Ebrahim mendakwa operasi menyelamat yang dikatakan oleh AS itu sebenarnya dirancang sebagai operasi helah dan melarikan diri.
Beliau berkata, AS menggunakan dalih untuk menyelamatkan juruterbang pesawatnya yang ditembak jatuh di sebuah lapangan terbang terbiar di selatan Isfahan.
Bagaimanapun, kata Ebrahim, operasi tersebut berakhir dengan kegagalan sepenuhnya susulan kehadiran angkatan tentera Iran tepat pada masanya.
Menurutnya, Trump ‘cuba mempertahankan kekalahan pahit dan kegagalan tentera AS dengan menimbulkan kekeliruan terhadap pendapat awam’.
Pada 3 April lalu, IRGC memaklumkan bahawa sistem pertahanan udaranya telah menembak jatuh sebuah jet pejuang F-35 milik AS di ruang udara tengah Iran tetapi nasib juruterbang pesawat itu tidak diketahui.
AS kemudian mendakwa bahawa pihaknya telah menyelamatkan seorang daripada juruterbang jet pejuang yang ditembak jatuh itu, selain operasi menyelamat sedang dijalankan untuk mencari dan membawa pulang seorang lagi juruterbang.
BACA JUGA Diesel Thailand kini RM6.25, netizen yang kutuk kerajaan nampaknya kena ‘patah balik’