Akhirnya kapal Petronas berjaya lepasi Selat Hormuz, rakyat Malaysia berdebar menanti
Sebuah kapal tangki milik Petronas dilaporkan sudah berjaya melepasi Selat Hormuz dengan membawa 1 juta tong minyak ke Pengerang Integrated Petroleum Complex di Johor.
Difahamkan, Ocean Thunder adalah kapal pertama daripada tujuh kapal Malaysia yang diberi keizinan untuk melalui selat itu atas sebab diplomasi.
Pengerang adalah antara pusat penapisan dan petrokimia paling penting di Malaysia dengan kapasiti dan peranannya yang besar.
Jika pada pertengahan April ini bekalan berjaya sampai ke Malaysia, kesannya mungkin boleh dirasai dari industri, ke ekonomi, sehingga ke kos sara hidup rakyat.
Sebelum ini Iran bertindak menutup Selat Hormuz – laluan yang mengendalikan kira-kira 20% aliran minyak dan gas asli cecair (LNG) global – sebagai reaksi terhadap serangan udara Amerika Syarikat dan Israel pada akhir Februari lalu.
Bagaimanapun, negara itu kemudian memberi kelonggaran dengan membenarkan kapal-kapal bukan musuh untuk meneruskan pelayaran.
Rakyat Malaysia gembira dengan perkembangan terbaharu ini dan menantikan perkembangan lanjut sama ada bekalan tersebut berjaya tiba seperti dijadualkan atau tidak.
Kerajaan Malaysia telah dimaklumkan oleh Iran sebelum ini bahawa kapal Malaysia tidak akan dikenakan caj tol.
Pemilik kapal negara lain yang diberikan laluan, dikenakan bayaran sehingga AS$2 juta (RM8 juta).
BACA JUGA PM Anwar kenang sumbangan Karam Singh terhadap isu alam sekitar