Mas Ermieyati mengaku salah fitnah Asyraf Wajdi, diperintah bayar RM50,000
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Melaka kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta MARA.
Berdasarkan penghakiman, Mas Ermieyati bersetuju untuk memohon maaf secara bertulis, menarik balik dan memadamkan semua hantaran video di semua platform media sosial beliau.
Mahkamah turut memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada MARA.
Prosiding diketuai Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Isa Aziz Ibrahim.
Asyraf dalam respon di Facebook berkata, semoga ia menjadi pengajaran berguna kepada semua pihak untuk tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah.
“Alhamdulillah, moga ini menjadi pengajaran berguna kepada semua agar bertanggungjawab dan tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menghancurkan reputasi dan institusi,” katanya.
Beliau mengucapnan terima kasih kepada barisan Peguam MARA yang diketuai Datuk Adnan Seman dan seluruh pegawai MARA yang berjuang untuk memastikan agar institusi penting orang Melayu dan Bumiputera terus kekal berintegriti dan terpelihara daripada sebarang fitnah yang membinasakan.
BACA JUGA Rayuan kerajaan tidak berkait 40% hasil Sabah, tapi isu alasan penghakiman – AGC